Owner ♥ NFW 20 Kelantan

Wednesday 19 June 2013

Tak larat!

Assalamualaikum. Hehoii! Tengok entry? Hm memang tak larat pun ni. Sebab hari ni aku ganti puasa. Hari yang ke-6. So kalau ikutkan, another one more replacement day untuk puasa yang aku tinggal tahun lepas. Then yeay! Boleh la makan bebanyak before bulan Ramadhan nanti. Tapi nak la juga berpuasa sunat. Perbetulkan niat. Bukan untuk save budget. Bukan untuk diet. Tapi untuk puasa sunat. Hari Isnin and Khamis aite? InsyaAllah. So, berbalik kepada entry. Even aku puasa. Even aku tak berapa larat sangat hari ni tapi aku tak la selemah mana untuk aku tak puasa hari ni. Lagipun kejap je pun. Berapa jam jelaa sangat nak tunggu sampai Maghrib nanti. Bukan lama mana pun. Bukan jauh mana pun jarak kampus dari kolej. Bukan kelas dari pagi sampai petang pun. And teringat kata-kata Zakirah, sebenarnya orang yang berpuasa lebih kuat berbanding orang yang tak berpuasa. Aku fikir ada betul juga kata zakirah tu. Perut pun takde merungut merenget lapar. Masih boleh bersabar. Sebenarnya, dalam berpuasa ni banyak faedah kita dapat. Yelaa, sebab kita ingat yang diri kita tengah berpuasa so, dalam masa sama, kita behave. Jaga perangai, jaga kata-kata. Takut-takut kita berpuasa tapi puasa kita jadi sia-sia. Kan?