Owner ♥ NFW 20 Kelantan

Monday 24 June 2013

Afta Class

Assalamualaikum. Alhamdulillah hari ni jerebu berkurang sikit dari semalam. Semalam kuat sangat sampai loya tekak & kepala pening. Haishhh risau juga takut makin teruk ke susah pulak nanti. Btw, sekarang aku dah habis kelas. Tiga class hari ni. Office Simulation, Law and BEL. Alhamdulillah tak penat sangat hari ni sebab sekarang pun aku dah belajar tidur awal so bila ada kelas pagi tak mengantuk sangat kan. Kena sesuaikan diri bangun pagi la sem ni memandangkan banyak kelas pagi. Takpe. AS cakap belajar. Nanti nak kerja pun kena bangun pagi juga. 

Sunday 23 June 2013

Feeling worst!

Hye! Hmm aku tengah emotional sikit ni. Kenapa orang lain tak pernah nak ambil kisah apa yang aku rasa. Sakit nya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Aku bukan nak cakap aku ni baik sangat. But at least, kalau orang layan baik tu, layan laa baik balik. Ni tak. Hampa rasa. This entry bukan nak point dekat siapa-siapa. Hati ni sekejap je membara and in a few minutes, it will be fine. And i just need to endure it. Alone! Tak apa. Sebab aku kena always ingat yang orang-orang bersabar ni disayang Allah. InsyaAllah kesabaran aku ni sedikit sebanyak boleh buat aku hadap semua ni dengan cool. Yeahh baby! Chill fara. You know right yang kau tak boleh depends on others. You need to be more independent. Be more matured. Be strong and keep calm. Ya Allah Ya Allah Ya Allah kuatkanlah aku untuk hadapi semua ni. Lembutkan hati aku dan hati mereka-mereka yang berada di sisi ku. Sesungguhnya Kau mengetahui segalanya. K im okay smileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee :D Assalamualaikum :) 

Thursday 20 June 2013

Good Morning Friday

Assalamualaikum & good morning friday! So nak buat apa cuti-cuti ni? Keluar? Tidur? Layan movie? Kemain kan macam tak ada kerja langsung je :D Tapi actually dah plan dengan Shira, Faa nak keluar pergi makan PizzaHut hari ni after Solat Jumaat. Cant wait cant wait! Dah lama terliur tengok iklan PizzaHut tu. Tapi tahan jelaa. Hari ni dapat pergi so nak makan puas-puas. Suka sangat mushroom soup dekat situ sebab best gilaaaa! Serious tak tipu. Nak keluar nak pakai baju apa ye? Ugh ni laa masalah perempuan. Susah nak decide nak pakai baju apa. Padahal bukan tak ada baju langsung --" Oh ye! Btw, nak keluar nanti bukan bertiga dengan Shira and Faa je. Tapi dengan Ika and Izani sekali. Aku tak pernah keluar dengan dua orang tu before ni. Maluu laaaaa. Hahahaha. But let's try! PizzaHut here we come :)

Khamis malam Jumaat

Assalamualaikum. So, hari ni hari khamis. Esok jumaat. Lusa sabtu. Cuti wei cutiiiiiiiiiiiiiiiiii! *Excited* :D 
K tadi masa berbuka aku dengan Shira makan nasi lemak dengan telur mata and paru goreng. Kenyang dia phewww tak terkata. Sambil-sambil tengok Teduhan Kasih so makan pun berselera je. Romantiknya. Nak kawin nak kawinnnn! Kgedik --" Tak cukup makan sebungkus nasi lemak tu, aku makan pulak ayam goreng dua okayyy dua. Banyak nya aku makan. Ni kes boleh cepat gemuk. Yang si Ain pula ajak aku pergi E-cafe beli air. Kebetulan masa tu pun memang dahaga air. Kirim dekat Maisa tapi dia lupa. So aku pun terpaksa turun. Bawa singgit. Eh tak cukup. Tambah lagi singgit. So dua ringgit. Punya la macam-macam makanan ada dekat E-cafe. Nafsu nafsu oiii. Tapi fikir duit bawa 2 ringgit je so aku beli air sarsi dengan tembikai je. Kenyang melampau aku malam ni. Mata pun dah rabak ni. Tiba-tiba rasa mengantuk. Nak tidur. Tapiiiii awal lagi. Baru pukul 12. Esok cuti kan. Boleh rehat puas-puas apa. Chill dulu layan Running Man :D

Si Dia

Macam pelik pula entry aku kali ni. Hahahahahahahahahahaha. K dah habis gelak. Puas. Kenapa mesti entry ni? Kenapa mesti 'Si Dia'? K macam ni sebenarnya. Bangun-bangun dari tidur tadi tetiba terlintas dekat kepala pasal boyfriend-boyfriend untuk those people yang aku kenal. Good looking, stylista, pandai jaga imej. Tapi perlu ke semua tu untuk menjadi pasangan kita? Atau mungkin untuk ciri-ciri bakal imam kita or bakal suami kita? Secara pandangan kasar, untuk remaja baya-baya aku ni, good looking is very important thing. Tapi bila aku fikir double triple kali, tu semua tak penting pun. Apa yang penting, betapa sayangnya dia dekat kita, sabarnya dia dengan sikap kita, baik hati, bertanggungjawab, setia, and the most important thing yang perlu ada dalam setiap hubungan adalah kesetiaan. Betul tak? Tapi tu juga depends on certain-certain thoughts of women on how they want to choose their partner either for a long time relay or short time relay. Untuk aku? Si AS anak pakcik Ghazali. Siapa dia? Dialah bestfriend, dialah tempat aku lepas geram, dia lah tempat aku cerita masalah, dia lah tempat aku gurau sakai. Eh? Haha. Dulu memang kami couple. Itu dulu okay. Tapi sekarang dah tak. We're just only friends. Alhamdulillah. Dia terima keputusan aku. Aku tak pandai bagi commitment. Aku tak boleh jadi girlfriend yang baik untuk dia. Lagipun, bila difikirkan, hubungan semacam tu tak penting pun. Cuma melalaikan. Cuma tambah dosa. Aku tak cakap orang-orang lain yang bercouple tu buat dosa ke apa. Just for myself you know. Dont bother. Bagi aku, ada jodoh tu adalah. Tak ada jodoh, aku terima. Semua tu rahsia Allah. Aku cuma harap yang terbaik insyaAllah.

Wrong timing

Kenapa entry wrong timing? Hmm malu nak cerita. Yelaa, lepas habis kelas tadi balik bilik and terus tidur. Pukul 2.30 sampaiiiii tetttt! Tiba-tiba nampak jam dekat fon dah pukul 6.30. Terus gelabah aku bangun cepat-cepat. Nampak zakirah. Tanya zakirah. "Dah beli makanan?" Zakirah pandang aku dengan muka pelik. "Eh kenapa dengan fara ni? Sekarang baru pukul 4. Lagipun zakirah nak keluar sekejap lagi." Aku blur. Pandang meja zakirah. Kosong. Eh? Takde makanan pun. Aku check balik jam dekat fon nak make sure dah pukul berapa. Kphew malu. Baru pukul 4.30 ptg. Malu nyaaaaaa! Bukan apa, baru bangun tidur kan. Penat kan. Kelas dari pagi kan. Haha *cover* So taktahu kenapa boleh tengok jam tu jadi pukul 6. Takut la tak sempat beli makanan untuk berbuka. Sempat terlintas dekat kepala "Alaaa makan maggi jelaa berbuka nanti. Habis cerita..." Dah salah time, malu laa. Nak tidur balik pun serba salah sebab dah nak azan Asar. Better tunggu azan then solat dulu. Alang-alang. Hee :D

Wednesday 19 June 2013

Kelas pagi lagi?

Hmm sedih. Sebab dalam masa 5 hari seminggu kelas tu, there will be 4 days yang ada kelas yang start pukul 8 pagi. And you know what? I hate morning class so much like seriously. Tak suka bangun pagi. Tak suka kelas pagi. Tak sukaaaaaaaaaaaa! Kpheww. Hmm actually new schedule tu akan start next week tapi aku dah boleh bayangkan minggu-minggu aku dengan kelas pagi akan jadi macam mana. Sekarang ni okay la lagi. Yelaa, sebab tak busy dengan apa-apa assignment or test or quiz. Soon, tengok laa macam mana. Dengan nak tidur lewat sebab rushing nak siapkan assignment, lepas tu kena bangun pagi. What thee? Mesti aku jadi zombie. Mata rabak. Muka rabak. Haha semua rabak. Tapi tak apa la. Tak apaaaaa. Orang kata susah susah dulu senang senang kemudian. Lagipun semester last kan. Bagi full commitment tak salah kan. *ayat cover* 

Tak larat!

Assalamualaikum. Hehoii! Tengok entry? Hm memang tak larat pun ni. Sebab hari ni aku ganti puasa. Hari yang ke-6. So kalau ikutkan, another one more replacement day untuk puasa yang aku tinggal tahun lepas. Then yeay! Boleh la makan bebanyak before bulan Ramadhan nanti. Tapi nak la juga berpuasa sunat. Perbetulkan niat. Bukan untuk save budget. Bukan untuk diet. Tapi untuk puasa sunat. Hari Isnin and Khamis aite? InsyaAllah. So, berbalik kepada entry. Even aku puasa. Even aku tak berapa larat sangat hari ni tapi aku tak la selemah mana untuk aku tak puasa hari ni. Lagipun kejap je pun. Berapa jam jelaa sangat nak tunggu sampai Maghrib nanti. Bukan lama mana pun. Bukan jauh mana pun jarak kampus dari kolej. Bukan kelas dari pagi sampai petang pun. And teringat kata-kata Zakirah, sebenarnya orang yang berpuasa lebih kuat berbanding orang yang tak berpuasa. Aku fikir ada betul juga kata zakirah tu. Perut pun takde merungut merenget lapar. Masih boleh bersabar. Sebenarnya, dalam berpuasa ni banyak faedah kita dapat. Yelaa, sebab kita ingat yang diri kita tengah berpuasa so, dalam masa sama, kita behave. Jaga perangai, jaga kata-kata. Takut-takut kita berpuasa tapi puasa kita jadi sia-sia. Kan?

New entry lagi?

Hye! K hari ni rasanya dah masuk entry ke-4 dah. Hm excited sangat sebenarnya sebab dah lama tak update blog :D Lagipun, memandangkan sekarang adik aku(bff) dah sambung belajar and tak dapat jumpa so takboleh nak share story dengan dia, jadi aku share la sedikit sebanyak cerita aku. Walaupun tak menarik macam orang lain, tapi aku rasa lega dapat tulis apa yang aku nak tulis dekat sini. Ada pembaca atau tak, tu tak penting. And aku harap tak ada orang baca pun. Haha. Well, this is one of my simple diary. Tak semua yang aku akan cerita. Tak semua yang aku akan tulis dekat sini. 

Ain tipu! Ughhhh!

K phewww punya laa semangat nak update sebab nak bagitau yang ain sebenarnya bukan balik kampung pun. Aku dapat tahu pun sebab sasa yang bagitau. Rupa-rupanya ain pergi swimming. Kurang asemm punya roomate! Kena tipu bulat-bulat. Patut laa macam ada yang tak kena. Yelaa, cakap dekat aku and zakirah bus dia pukul 4 tapi pukul 3.45 pun dia tak gerak pergi station bus lagi. Macam pelik la kan. Tak takut tertinggal bus ke si ain ni? Rileks je nampak. Patut la dia bawak beg kecik baju sepasang je. Cisss tipu yee? Nak kena ni. Hahaha. K merajuk dengan ain.