Owner ♥ NFW 20 Kelantan

Thursday 20 June 2013

Khamis malam Jumaat

Assalamualaikum. So, hari ni hari khamis. Esok jumaat. Lusa sabtu. Cuti wei cutiiiiiiiiiiiiiiiiii! *Excited* :D 
K tadi masa berbuka aku dengan Shira makan nasi lemak dengan telur mata and paru goreng. Kenyang dia phewww tak terkata. Sambil-sambil tengok Teduhan Kasih so makan pun berselera je. Romantiknya. Nak kawin nak kawinnnn! Kgedik --" Tak cukup makan sebungkus nasi lemak tu, aku makan pulak ayam goreng dua okayyy dua. Banyak nya aku makan. Ni kes boleh cepat gemuk. Yang si Ain pula ajak aku pergi E-cafe beli air. Kebetulan masa tu pun memang dahaga air. Kirim dekat Maisa tapi dia lupa. So aku pun terpaksa turun. Bawa singgit. Eh tak cukup. Tambah lagi singgit. So dua ringgit. Punya la macam-macam makanan ada dekat E-cafe. Nafsu nafsu oiii. Tapi fikir duit bawa 2 ringgit je so aku beli air sarsi dengan tembikai je. Kenyang melampau aku malam ni. Mata pun dah rabak ni. Tiba-tiba rasa mengantuk. Nak tidur. Tapiiiii awal lagi. Baru pukul 12. Esok cuti kan. Boleh rehat puas-puas apa. Chill dulu layan Running Man :D